★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

NILAM


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
           
 merupakan    penggabungan    atau adunan   kesemua   aktiviti   galakan membaca   yang dijalankan  di  sekolah  dengan  memberi pengiktirafan yang sesuai.
  •   Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan)
  • Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.(aktiviti)
  • Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.(penilaian)
  •  Program ini telah mula dilaksanakan dengan  Tahun  Satu  di   Sekolah Rendah,    Tingkatan  Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah   pada 1999.
  • Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998

MATLAMAT
Satu  strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di   kalangan   rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF

  • Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan  berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan   yang berorientasikan peperiksaan sahaja)
  • Menggalakkan  sekolah  terus menjana  idea  kreatif  dan  inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

CIRI-CIRI  PERLAKSANAAN

  • Rekod Bacaan (buku rekod murid)
  • Borang Rekod  (penilaian guru)
  • Pengiktirafan   (ganjaran ikut tahap)
      (cth: Tokoh Membaca/Tokoh NILAM)


TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan  kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari
            Membaca banyak buku & direkodkan (bil/tajuk/ penulis/ ringkasan)

2. Rakan Pembaca
            Sudah membaca 100 buku &  jalankan aktiviti pembacaan


NILAM  TAHAP JAUHARI

Sekolah Menengah

Pelajar pada peringkat menengah pula wajib  melibatkan  diri  dalam aktiviti    pembacaan    berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu 

JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH MENENGAH

    72 - 143 buku         -  Gangsa
    144 - 215 buku       -  Perak
    216 - 287 buku       -  Emas
    287 buku ke atas    -  NILAM 
                                    (permata)


RAKAN PEMBACA

Ciri-ciri Rakan Pembaca :
  •  sudah membaca lebih dari 100    buah   buku dalam Tahap Jauhari.
  • menggalakkan orang lain membaca       dengan menjalankan pelbagai aktiviti       galakan membaca.
  • Fasilitator membantu  murid membuat pengesanan kemajuan  aktiviti   yang   dijalankan   murid secara   formal  ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas)
  • akan   dibimbing  oleh  guru   atau   fasilitator   untuk   turut   serta   di    tempat –  tempat   aktiviti   untuk    menjalankan   aktiviti   RP.
  • dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama  rakan-rakan di sekolah  seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku
  • akan   dilatih  melalui  bengkel dan sesi tunjuk   cara  yang   dirancang   untuk menjayakan aktiviti ini.
  • Pelajar    pada    tahap    Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP


JADUAL SISTEM GANJARAN RP




AKTIVITI  RAKAN PEMBACA
  •   Bercerita  tentang  cerita  dari  buku yang  telah  dibaca  (rekod)   kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
  •   Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)

CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN TAHAP  RAKAN PEMBACA

No comments:

Post a Comment