★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

PERATURAN

PERATURAN AM


5.1.1        Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, kertas dan buku rekod NILAM sahaja ke dalam PSS. Beg dan fail mestilah disimpan di rak yang disediakan di luar PSS.

5.1.2        Sebarang bahan PSS tidak dibenarkan dibawa keluar daripada PSS sehingga ia direkodkan oleh Penyelaras PSS atau Pengawas PSS.

5.1.3        Membawa keluar bahan-bahan PSS tanpa kebenaran adalah dianggap satu kesalahan besar.

5.1.4        Pelajar dilarang makan dan minum di dalam PSS.

5.1.5        Untuk menjaga kepentingan semua pengguna, berbincang, berbual, bising, berkelakuan sumbang dan lain-lain aktiviti yang boleh mengganggu ketenteraman pengguna lain adalah dilarang.

5.1.6       Setiap pengguna dikehendaki menjaga kebersihan dan keselamatan bahan-bahan PSS.

5.1.7        Pengguna hendaklah mengembalikan buku yang dibaca ke rak yang betul sebelum keluar ataupun meletakkan buku di atas troli yang disediakan.

5.1.8        Pengguna hendaklah menghormati dan mematuhi arahan pengawas PSS yang sedang bertugas.

5.1.9        Semua pengguna PSS diwajibkan dalam keadaan senyap.

5.1.10    Ketika hendak keluar dari PSS, pengguna dikehendaki mempamerkan semua bahan yang hendak dibawa keluar untuk pemeriksaan.

5.1.11    Pelajar dikehendaki menarik perlahan-lahan kerusi untuk mengelakdaripada berbunyi bising ketika mengundinya.

5.1.12    Pastikan dikehendaki merapatkan kembali kerusi ke meja selepas menggunakannya.

5.1.13    Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika di PSS. Jeans, seluar pendek, skirt, pakaian berwarna-warni dan selipar tidak dibenarkan sama sekali.

5.1.14    Tarikh buku perlahan-lahan daripada rak supaya ia tidak rosak, koyak dan sebagainya.


PERATURAN KHUSUS

5.2.1        Peminjaman

-         setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja dalam satu masa untuk tempoh lima hari persekolahan

5.2.2        Pemulangan

-         buku hendaklah dipulangkan mengikut tarikh pemulangan pada slip tarikh pulang. Pelajar yang lewat pulang akan didenda sebanyak 20sen sehari bagi buku di rak terbuka dan 50sen sehari bagi buku di rak rujukan.


5.2.3        Penggunaan PSS waktu belajar

-
5.2.4        Peraturan Penggunaan Alat/Ruang (Bilik)

a)   JENIS TAYANGAN.

SEBELUM TAYANGAN


1.Pastikan bilik darjah untuk tayangan sesuai untuk tayangan dan jangan padamkan semua lampu kerana ini menjejaskan kesihatan mata.


2.Bunyi jelas dan dapat didengar oleh semua pelajar.


3.Pastikan bahawa tayangan jelas kelihatan dari semua tempat penonton. Prinsip-prinsip biasa yang digunakan ialah:


i. Gambar tayangan di atas daripada kepala penonton.


ii. Tempat duduk diatur dengan baik supaya tidak dekat dengan layar tayangan.


4.Pastikan terdapat pertukaran udara supaya tidak terlalu panas.


5.Guru perlu lihat dan fahami terlebih dahulu sebelum ditunjukkan kepada pelajar-pelajar.


6.Sediakan pelajar sebelum tayangan.


7.Guru hendaklah hubungkan isi tayangan dengan mata pelajaran supaya perkara yang tidak difahami dapat diperjelaskan kepada pelajar-pelajar.


8.Berikan penerangan ringkas kandungan tayangan kepada pelajar-pelajar.


9.Nyatakan perkara yang patut diteliti dalam filem.


10.Jelaskan perbendaharaan kata atau istilah yang tidak dapat difahami oleh pelajar-pelajar.


KETIKA TAYANGAN
.



1. Tayangan adalah untuk pengajaran dan bukan untuk pertunjukan khas.


2. Pelajar-pelajar dalam keadaan senyap.


3. Berhenti tayangan pada bahagian-bahagian tertentu untuk memberi penerangan.


SELEPAS TAYANGAN


1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengemukakan soalan atau komen.


2. Guru mengemukan soalan kepada pelajar-pelajar.


3. Kerja-kerja di rumah berkaitan dengan aktiviti selepas tayangan diberi.


            b)   PENGGUNAAN RAKAMAN AUDIO
                    
                  PERANAN GURU

1.      Guru membaca terlebih dahulu nota yang telah disediakan.
2.      Sediakan bahan-bahan yang akan mengiringi pengajaran.
3.      Dengar rakaman terlebih dahulu dan buat sedikit catatan.
4.      Cuba timbulkan minat pelajar-pelajar terhadap perkara-perkara yang hendak dibincangkan.
5.      Penjelasan terlebih dahulu sebelum mendengar rakaman atau selepas rakaman secara padat.

                     PERANAN PELAJAR

1.      Perlu bersedia dan berminat mendengar rakaman.
2.      Perbincangan sedikit sebanyak oleh pelajar-pelajar  terhadap topik yang akan didengar untuk menimbulkan  minat dan rasa ingin tahu.

                     SEBELUM MENDENGAR RAKAMAN

1.      Guru memberitahu pelajar-pelajar tentang:
-         Topik atau jenis rancangan.
-         Latar belakang perkara-perkara mengenai topik rakaman.
-         Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pelajar-pelajar selepas mendengar rakaman.
-         Penjelasan perkara-perkara yang sukar difahami.
-         Hubungkaitkan rakaman dengan kehidupan seharian.

                     SEMASA MENDENGAR RAKAMAN

1.      Senyap dan bersopan.
2.      Soalan-soalan hendaklah dikemukakan.
3.      Perhatian kepada perkara-perkara yang berlawanan dengan pendapat mereka sendiri. Perlu dengar dan fahami maksudnya.
4.      Cuba kaitkan dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang telah dibincangkan sebelum mendengar rakaman.

                     SELEPAS MENDENGAR RAKAMAN

1.      Perbincangan harus diadakan.
2.      Soalan-soalan hendaklah dikemukakan.
3.      Betulkan perkara-perkara yang pelajar kurang faham.
                     4.      Boleh diulangi sekiranya terdapat perkara-perkara
                           yang kurang difahami.

 
            c)   PENGGUNAAN GAMBAR/CARTA
1.      Gambar/carta jangan terlalu banyak digunakan.
2.      Gambar/carta yang digunakan perlu menimbulkan soalan supaya pelajar boleh berfikir berkaitan dengan gambar/carta tersebut.
                    3.      Pemilihan gambar-gambar berdasarkan persamaan,
                           perbezaan dan pernyataan satu
                          peristiwa dan susunan gambar-gambar tersebut bertujuan
                          menarik minat, perhatian dan menggalakkan pelajar-pelajar
                          berfikir.


PERATURAN PEMINJAMAN, PEMULANGAN BAHAN/ALAT


5.2.1        Peminjaman

-          setiap pelajar hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja dalam satu masa untuk tempoh lima hari persekolahan

5.2.2        Pemulangan

-          buku hendaklah dipulangkan mengikut tarikh pemulangan pada slip tarikh pulang. Pelajar yang lewat pulang akan didenda sebanyak 10sen sehari bagi buku di rak terbuka dan 20sen sehari bagi buku di rak rujukan.

No comments:

Post a Comment