Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)
merupakan penggabungan atau adunan kesemua
aktiviti galakan membaca yang dijalankan di
sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
- Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan)
- Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.(aktiviti)
- Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.(penilaian)
- Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.
- Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998
MATLAMAT
Satu strategi untuk
menanam minat membaca secara terancang dan tersusun di kalangan
rakyat Malaysia,
khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di
kalangan rakyat Malaysia.
OBJEKTIF
- Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja)
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
CIRI-CIRI
PERLAKSANAAN
- Rekod Bacaan (buku rekod murid)
- Borang Rekod (penilaian guru)
- Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)
(cth: Tokoh Membaca/Tokoh NILAM)
TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari
Membaca banyak buku & direkodkan (bil/tajuk/
penulis/ ringkasan)
2. Rakan Pembaca
Sudah
membaca 100 buku & jalankan aktiviti
pembacaan
NILAM TAHAP
JAUHARI
Sekolah Menengah
Pelajar
pada peringkat menengah pula wajib
melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan
berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu
JADUAL PEMBACAAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH MENENGAH
72 - 143 buku -
Gangsa
144 - 215
buku - Perak
216 - 287
buku - Emas
287 buku ke atas - NILAM
(permata)
RAKAN PEMBACA
Ciri-ciri Rakan Pembaca :
- sudah membaca lebih dari 100 buah buku dalam Tahap Jauhari.
- menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.
- Fasilitator membantu murid membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid secara formal ( dalam majlis / pertandingan ) atau tidak formal (misalnya kerja amal / di kelas)
- akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di tempat – tempat aktiviti untuk menjalankan aktiviti RP.
- dilatih untuk menjalankan aktiviti pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti : aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara buku
- akan dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini.
- Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP
JADUAL SISTEM GANJARAN RP
AKTIVITI RAKAN PEMBACA
- Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
- Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan (cth: bedtime stories)
No comments:
Post a Comment