★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

SEJARAH

TAKRIF PUSAT SUMBER SEKOLAH

I)                   PSS merupakan suatu tempat di mana adanya koleksi yang terdiri daripada bahan-bahan bertulis,  bercetak dan grafik lainnya yang terdapat di dalam ruangan atau bangunan yang diatur dan dioarganisasikan dengan sistem tertentu agar dapat digunakan untuk keperluan,  penelitian dan pembacaan.
                     (Kementerian Pendidikan Malaysia,  1989 :  xii-xiii)

II)                 Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan mengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemaharan pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan kemahiran belajar sepanjang hayat.
                    (Jamaliah bt Hj Osman [dan] Yusop Khan b.Loth  Khan,1995:1)


SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah,SMK Sungai Lembing telah beroperasi semenjak pembukaan sekolah 50 tahun yang lalu. Saban tahun berlaku perubahan dari pelbagai segi sama ada dari segi lokasi, organisasi pentadbiran, keadaan fizikal dan lain-lain lagi. Lokasi Pusat Sumber yang ada pada hari ini bermula pada tahun 2008 iaitu ia telah berpindah dari lokasi asal di bagunan lama di hadapan kantin sekolah ke bangunan baru. Ia berlaku semasa kedatangan bekas pengetua Allahyarham Hj. Baharuddin b. Abdullah dan di bawah Guru Perpustakaan dan Media Puan Siti Rokiah bt Saleh.

   i.     Fizikal Sekolah

          SMKSL mempunyai 5 blok bangunan kelas yang menempatkan kelas dan 
          pejabat pentadbiran.PSS terletak  di bangunan 4 tingkat yang baru.
          Ia terletak di tingkat 1 blok Ketitir.

   ii    Bilangan guru
          Setakat tahun 2012, SMKSL mempunyai 46 orang guru 
  
   iii.   Bilangan Pelajar 

          Setakat 2012, SMKSL mempunyai 492 orang pelajar. 

    iv.  Kemudahan bilik/ruang yang ada di sekolah

    SMKSL mempunyai kemudahan bilik darjah, makmal sains, makmal 
    komputer, surau sekolah,  pusat sumber sekolah, kantin dan lain-lain 
    lagi. 

No comments:

Post a Comment