★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

MATLAMAT

    Pusat Sumber Sekolah (PSS) berperanan sebagai pusat pengumpulan dan perolehan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di samping pusat rujukan bagi murid serta guru. PSS lebih menitikberatkan penggunaan pelbagai media bagi membantu dalam proses P&P supaya lebih menarik serta berkesan. Justeru itu, matlamat PSS sekolah ini adalah untuk menyajikan pelbagai bahan/media sokongan untuk P&P yang paling terkini bagi membestarikan budaya pembelajaran dalam era digital di alaf baru ini. Di samping itu matlamat PSS sekolah ini adalah untuk membudayakan warga sekolah ini agar memilih PSS sebagai destinasi rujukan dan memperolehi informasi terkini.

No comments:

Post a Comment