Sunday, 21 October 2018
Tuesday, 3 April 2018
MESYUARAT PIBG SMKSL KALI KE 43
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lama pula tidak memuat naik apa-apa maklumat dan aktiviti sekolah ke Blog PSS ni. Semua guru PSS sangat sibuk menguruskan segala dokumentasi untuk SKPMG2. Maklum sahaja, semua guru PSS juga turut memegang pelbagai jawatan lain bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2017 telah diumumkan. Tahniah kepada pengawas perpustakaan sekolah iaitu Raja Rossyairie bin Raja Saudi dan How Shu Xia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2017.
Satu usaha yang jitu daripada para guru dan usaha murid sendiri telah berjaya meningkatkan prestasi SMK Sungai Lembing dalam peperiksaan penting ini.
Thursday, 1 February 2018
MAJLIS PELANCARAN NILAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING 2018
BARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
BERSAMA GURU MEDIA
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksaan program NILAM meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehingga murid tamat persekolahan.
Program NILAM ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagia Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaraskan program ini.
Program NILAM telah mula dilaksanakan dengan Tahun satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada tahun 1999.
NURUL HUDA AZMAN DAN NUR ATIQAH JARNI
mengacarakan majlis pelancaran NILAM SMK SUNGAI LEMBING tahun 2018.
Puan NOR SULIHA YACOB mengurus dan menyediakan gimik perasmian majlis pelancaran NILAM smk sungai lembing tahun 2018.
GIMIK PERASMIAN
Terima Kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMKSL atas kesudian mewakili tuan pengetua bagi merasmikan majlis pelancaran NILAM pada tahun ini.
Terima Kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMKSL atas kesudian mewakili tuan pengetua bagi merasmikan majlis pelancaran NILAM pada tahun ini.
PENYERAHAN FAIL PENGAYAAN NILAM
KEPADA WAKIL MURID
Adam bin Karim wakil kelas tingkatan dua Anggerik mewakili semua ketua tingkatan dua mengambil fail pengayaan NILAM bagi tahun 2018 disaksikan oleh Puan Siti Rokiah Salleh Guru Perpustakaan dan Media. Fail pengayaan NILAM diedar ke semua kelas untuk menggalakkan murid membaca pada masa lapang. Pada tahun ini NILAM tambah baik melibatkan pelbagai mata pelajaran untuk memastikan murid lebih aktif membuat bacaan dan catatan daripada pelbagai bahan. Pihak PSS SMKSL sangat berharap murid akan lebih tertarik untuk menambah aktivit membaca pada tahun ini.
Sunday, 28 January 2018
GOTONG ROYONG PSS 2018
GOTONG ROYONG PSS
Proses Awal Meningkatkan keceriaan PSS SMKSL 2018
SEKOLAH BERMAKLUMAT
Usaha Menceriakan Kelas mendapat kerjasama daripada semua guru SMKSL tahun 2018.
Miss Jun 29/Januari/ 2018
Budak Baru belajar
Friday, 26 January 2018
KURSUS KILAT UPDATE BLOG PSS
KURSUS KILAT UPDATE BLOG PSS
Kursus Kilat update Blog bersama cikgu Ros Khairul Irwan Abdullah dan
Choi Jee Woo
Subscribe to:
Posts (Atom)








