★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

VISI/MISI/PIAGAM

VISI 

Pusat Sumber SMKSL muncul sebagai PSS terbaik 
di Kuantan menjelang 2025

MISI 

PSS SMKSL berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga 
sekolahdalam proses pencarian ilmu dan maklumat yang terkandung dalam 
bentuk bahanbercetak dan bukan bercetak di samping menyediakan ruang 
belajar yang kondusif dan harmoni untuk kecemerlanganpendidikan 
warga SMKSL seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

PIAGAM PSS

Kami Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing dengan penuh tekad dan iltizam untuk:-

  •   Memastikan semua pelajar dan guru mendapat tempat yang selesa serta mencukupi.
  •  Memastikan guru-guru dan pelajar mendapat bahan bantuan mengajar dengan segera.
  •  Memastikan guru-guru dan pelajar mendapat bahan bantuan belajar yang terkini dan berkeadaan baik.
  •  Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan yang mencukupi untuk keperluan   atau kegunaan guru dan pelajar.
  •   Menyediakan maklumat terkini tentang rancangan TV Pendidikan.
  •  Sedia memberi maklumat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan dan ICT  kepada semua guru dari semasa ke semasa.
  • Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada semua guru dan pelajar secara adil.
  • Sentiasa berusaha untuk memenuhi cita rasa pelanggan.
  • Memberi maklumat terkini dan kemas kini apabila diminta.
  • Memenuhi kehendak pentadbir sekolah, PPD, JPN (BTPN) dengan lebih cepat dan tepat.
  • Mengemas kini stok pada setiap akhir tahun untuk tujuan auditan.
  • Kami sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan , cadangan, syor, dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan PSS.


No comments:

Post a Comment