★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

Tuesday 3 April 2018

MESYUARAT PIBG SMKSL KALI KE 43

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lama pula tidak memuat naik apa-apa maklumat dan aktiviti sekolah ke Blog PSS ni. Semua guru PSS sangat sibuk menguruskan segala dokumentasi untuk SKPMG2. Maklum sahaja, semua guru PSS juga turut memegang pelbagai jawatan lain bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.
Alhamdulillah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2017 telah diumumkan. Tahniah kepada pengawas perpustakaan sekolah iaitu Raja Rossyairie bin Raja Saudi dan How Shu Xia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2017.
Satu usaha yang jitu daripada para guru dan usaha murid sendiri telah berjaya meningkatkan prestasi SMK Sungai Lembing dalam peperiksaan penting ini.







No comments:

Post a Comment