★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

Thursday 1 February 2018

MAJLIS PELANCARAN NILAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING 2018

 BARISAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
BERSAMA GURU MEDIA

 NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksaan program NILAM meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehingga murid tamat persekolahan. 

Program NILAM  ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagia Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaraskan program ini.
Program NILAM telah mula dilaksanakan dengan Tahun satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada tahun 1999.



NURUL HUDA AZMAN DAN NUR ATIQAH JARNI
mengacarakan majlis pelancaran NILAM SMK SUNGAI LEMBING tahun 2018.
Puan NOR SULIHA YACOB mengurus dan menyediakan gimik perasmian majlis pelancaran NILAM smk sungai lembing tahun 2018.
GIMIK PERASMIAN
Terima Kasih kepada Penolong Kanan Pentadbiran SMKSL atas kesudian mewakili tuan pengetua bagi merasmikan majlis pelancaran NILAM pada tahun ini.
 

PENYERAHAN FAIL PENGAYAAN NILAM 

KEPADA WAKIL MURID

Adam bin Karim wakil kelas tingkatan dua Anggerik mewakili semua ketua tingkatan dua mengambil fail pengayaan NILAM bagi tahun 2018 disaksikan oleh Puan Siti Rokiah Salleh Guru Perpustakaan dan Media. Fail pengayaan NILAM diedar ke semua kelas untuk menggalakkan murid membaca pada masa lapang. Pada tahun ini NILAM tambah baik melibatkan pelbagai mata pelajaran untuk memastikan murid lebih aktif membuat bacaan dan catatan daripada pelbagai bahan. Pihak PSS SMKSL sangat berharap murid akan lebih tertarik untuk menambah aktivit membaca pada tahun ini.
Miss Jun 2/2/2018
10.00 pagi

No comments:

Post a Comment