★SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SUMBER SMK SUNGAI LEMBING KUANTAN★

Tuesday 20 March 2012

DEBARAN RESULT SPM 2011 BAGI PENGAWAS PSS SESI 2011

Debaran result SPM esok..bagi pengawas PSS tingkatan 5 2011 semoga mendapat result yang gempak..ulangi kecemerlangan tahun 2010..BEST STUDENT di pegang oleh Pengawas PSS..

Monday 19 March 2012

PANDUAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN/ BILIK TAYANG KEPADA GURU SMKSL


PANDUAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN/ BILIK TAYANG  KEPADA GURU SMKSL

PINJAMAN GURU

  1. Guru boleh meminjam 2 buah  buku sahaja untuk seminggu.
  2. Tarikh pemulangan buku boleh disambung dari  seminggu ke seminggu.
  3. Denda lewat 10 sen sehari tiada pengecualian.
  4. Setiap pinjaman hendaklah menggunakan kad ahli untuk rekod pinjaman berkomputer.
  5. Guru yang baru bertukar ke SMKSL wajib membuat kad keahlian PSS berharga RM2.
  6. Semua guru dialu-alukan membuat pinjaman pelbagai jenis buku yang banyak terdapat di PSS.
  7. Guru tidak boleh membuat pinjaman satu-satu buku untuk tempoh sepanjang tahun.

NILAM

  1. Di harap guru Nilam mematuhi jadual NILAM.
  2. Guru NILAM perlu memeriksa buku synopsis pelajar setiap minggu.
  3. Rekod bacaan pelajar hendaklah dicatatkan dalam fail kelas yang disediakan untuk rekod.

LAIN-LAIN PENGGUNAAN.

  1. Guru boleh membuat pinjaman buku rujukan atau kamus atau apa sahaja bahan yang berkaitan di PSS untuk kegunaan semasa P&P tetapi perlu menulis didalam buku pinjaman kelas dan perlu dihantar sebaik saja tamat P&P.
  2. Tempahan penggunaan perpustakaan hendaklah dibuat 3 hari sebelum jika tiada pertindihan dengan jadual NILAM.
  3. Dengan arahan Pengetua kelas RELIEF guru tidak boleh membawa pelajar ke perpustakaan.